COMEL

kisah seorang cute girl yang duduk dengan abah dan mamanya

Sunday, January 14, 2007

Dapat sepupu baru.


pada hari khamis lepas,pada pukul 7:30 pak uda saya telephone mama saya pak uda saya cakap mak uda saya dah bersalin,pa uda saya dapat bayi lelaki tapi belum tahu lagi nak letak nama apa pak uda kata tarih lahir bayi baru ni sama dengan mak mak uda punya tarih lahir.masa mama saya tengah cakap dengan mak uda di telephone saya menyampuk saya kata lepas ini bayi perempuan pulak tau.itu je cerita nye...

Friday, December 29, 2006

tengok teater alibaba


autograf pelakon pelakon utama


makteh tolong dapatkan autograf aznil


aznil..melayan peminat-peminat


bersama pelakon biawak


bersama penyamun-penyamun

Pada hari Krismes saya,abah,mama,maktok,makteh,maktah,makngah pergi tengok teater alibaba di Istana Budaya best sangat!cerita alibaba tu..lamalah jugak cerita tu.Masa cerita tu belum start pengacara dia cakap ada jual buku cerit alibaba gambar dia gambar aznil orang lukis dalam cerita tu sajen dia umur 6tahun kecikje.Aznil jadi ketua penyamun best lah aznil berlakon.Masa akhir teater alibaba tu, pengacara dia cakap boleh ambil autograf masa keluar dari dewan teater mama saya beli baju alibaba banyak sangat saya dan ateh pergi dapatkan autograf kemudian saya sekeluarga pun balik .

Monday, December 18, 2006

Pergi tengok wayang.


Tadi siang saya dan mama pergi tengok cerita cinta boleh tahanlah, saya bagi 5 bintang.Memang sedih tapi ada jugalah yang kelakar siapa yang belum pergi tengok pergilah tengok mana tau ada yang nangis dalam panggung wayang ke..hi..hi.. gurau je.Pelakon cerita cinta semua best samalah macam cicakman.Memang kedua-dua cerita tu tengah hangat dekat panggung wayang so, dua-dua pun bestlah.Ok! ini jelah bye! bye!.

Sunday, December 10, 2006

sand art..untuk pak ngah tapi tak jadi...


Pada hari sabtu,saya sekeluarga pergi ke Danga Bay kalau saya jalan-jalan disana saya pasti tidak lepaskan peluang untuk membuat sand art kerana itu kegemaran saya.Sand art ini saya buat untuk pak ngah..tapi tak cantik...sorry pak ngah. Jika saya hendak membuat sand art saya pasti berhati-hati sebab,saya saya takut warna merah termasuk ke warna biru.Saya pernah sekali membuat sand art yang terbesar sekali iaitu gambar Lilo tapi dah hilang.ok!itu aje yang saya nak cakap bye! bye!.

Saturday, December 9, 2006

Cicak man.



siang tadi saya sekeluarga pergi menonton wayang cerita cicak man. cerita cicak man sangat best,saiful apek pula sangat kelakar.Saya pula suka tengok gelagat ac mizal yang kelakar. paling kelakar sekali masa apek nak bagi nama cicakman tu dengan masa ac melatah kat fasha sanda...opocot! kalau nak tau lagi cerita ini kenalah tengok.Minggu depan mama saya nak bawa saya tengok cerita cinta.ok! itu aje bye..bye..

Friday, December 8, 2006

tak sabar nak ke sekolah.


Cuti sekolah masih panjang lagi tapi saya tidak sabar nak ke sekolah kerana buku,alat tulis saya sudah beli dan juga saya tak sabar ke sekolah kerana ingin berjumpa bersama rakan -rakan.Cuti ini belum ke mana-mana lagi sebab mama dan abah sibuk ingatkan nak pergi sarawak tapi tiket dah habis sebab lambat booking.Agaknye nak pergi kl aje.Kalau pergi kl nak pergi aquaria lagilah.Dulu dah pegi tapi best rasanye nak pergi lagi apa-apa pun saya tetap rindu nak ke sekolah terutamenye adah,syaza dan lain2.rasanye sampai sini sahaja saya nak cakap.bye!bye!.

Thursday, November 30, 2006

Suka tengok kartun Shin Chan.



Saya memang suka tengok kartun Shin Chan kerana kartun shin chan sungguh kelakar dengan gelagat shin chan yang nakal.Berbanding dengan Doremon saya lagi suka kepada kartun shin chan kerana kartun itu lebih best dari Doremon.Jikalau saya berada di rumah,iaitu pada hari sabtu saya tidak lupa untuk menonton kartun shin chan tetapi kadang -kadang ada juga saya terlepas siaran.Ok! itu sahaja.Bye..Bye..